Sunday, September 27, 2015


Hari Raya Haji 2015



Selamat menyambut Hari Raya Haji 2015 dari Sarazmin & Keluarga...

Tuesday, December 30, 2014

Recap 2014

SELAMAT TINGGAL TAHUN 2014

 


Hari ini adalah hari terakhir tahun 2014. Esok akan bermula tahun baru 2015. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana kita semua masih bernafas lagi. Masih dikurniakan dengan kesihatan tubuh badan dan nikmat yang tidak terhitung banyaknya.

Mengimbas kembali perjalanan hidup di tahun 2014 banyak suka duka yang telah ditempuhi. Kepuasan akan terasa jika ada azam yang lalu berjaya dipenuhi walaupun ada pengorbanan di mana-mana seperti pengorbanan wang, tenaga, masa dan sebagainya. Itulah lumrahnya, kejayaan takkan datang bergolek tanpa usaha dan pengorbanan.

Bagiku pula, alhamdulillah, ada azam 2014 yang dapat ditunaikan. Penghargaan perlu aku berikan kepada Puan Isteri kerana memahami dan membantu untuk mencapai perancangan yang ditetapkan. In Sha Allah tahun depan akan menjanjikan seribu kejayaan kepada kita dengan syarat kena kuat berusaha dan jangan menyerah kalah.

Dalam Kesempatan ini, aku ingin menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada mereka yang sangat-sangat penting kepadaku.


Buat Ayah & Ibu : 
  • Terima kasih di atas kasih sayang tak berbelah bagi yang diberikan. Jasa kalian membesarkanku tidak mungkin akan ku lupakan... Janganlah jemu mendoakan anakmu supaya sentiasa dalam keberkatan...

Buat Isteri : 
  • Terima kasih kerana senantiasa ada di sisi. Menemani kala suka dan sunyi. Sentiasa sabar melayani kerenahku saban hari. Terima kasih kerana sudi menyayangi diri ini...

Buat Anak-Anak :
  • Kalianlah penyeri hidup kami. Memberi harapan dan tujuan untuk terus berjuang.. Harap ayah, jadilah anak-anak yang soleh dan solehah. Sentiasa taati segala suruhan Allah dan jauhilah larangannya.. Dalam hidup kalian nanti pilihlah jalan yang sentiasa diredhai .. Jika kami tiada lagi, janganlah lupa mendoakan kesejahteraan kami...

Kepada Semua Insan Yang Ku Sayang - Keluarga, Saudara & Rakan Taulan
  • Terima kasih di atas segalanya... Yang telah berlalu jadikanlah teladan yang mampu mematangkan diri. Tekadkanlah niat dengan azam yang baru. Sentiasa berusaha, In Sha Allah Tahun 2015 akan membawa kejayaan kepada kita semua.

Esok adalah hari jadi Anakku Syirah yang ke 3 tahun... Semoga anak-anakku sentiasa dilindungi Allah, membesar menjadi anak yang bijak, comel dan dikurniakan dengan keberkatan rezeki. Amin...